RINGKASAN PERNIAGAAN
Andong Warisan Enterprise ditubuhkan
pada hujung tahun 2015 dan merupakan syarikat pemilikan tunggal. Syarikat ini
terdiri daripada seorang pengarah dan lima orang pengurus di bawah
jabatan-jabatan yang telah ditubuhkan. Selain itu, terdapat 2 orang pekerja
telah diupah bagi membantu di dalam penubuhan syarikat ini. Syarikat ini pada
awalnya ditubuhkan oleh pengurus syarikat ini secara bersendirian dan hanya
berniat untuk menanam minat sahaja tetapi disebabkan permintaan tempahan alatan
ibadah yang tinggi dan nampak menguntungkan, Pemilik telah bertukar fikiran dan
mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan ini bersama suami dan ahli
keluarga yang lain. Maka, beliau pun melantik empat rakan kongsi beliau untuk
bersama-sama dalam menjalankan perniagaan peralatan alatan ibadah seperti
songkok dan lain-lain .
JENIS PERNIAGAAN
Andong Warisan Enterprise adalah
merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan berbentuk pemilikan tunggal.
Kami menjalankan perniagaan jualan alatan ibadah, Songkok dan lain-lain yang
mempunyai ganjaran atau pulangan yang lumayan.
VISI
Ingin menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dengan menjadi
pembekal utama produk songkok di Malaysia dan Antarabangsa setanding dengan
negara membangun yang lain.
MISI SYARIKAT
Andong Warisan Enterprise berusaha keras
dalam pelbagai cara dan beriltizam untuk
mencapai misi dengan :-
i. Melaksanakan projek yang diamanahkan dengan cekap dan cemerlang
demi memenuhi kehendak pelanggan.
ii. Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang amanah, profesional
dan produktif.
iii. Selalu membuat pembaharuan dalam mencipta rekaan produk untuk
pelanggan .
iv. Tetap konsisten terhadap kualiti dari produk yang dihasilkan.
v. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam menjamin kepuasan
pelanggan.
vi. Menerima kritikan dan cadangan untuk syarikat dalam
penambahbaikan kekurangan yang terdapat di
dalam syarikat demi masa hadapan.
vii. Menggunakan teknologi dan sistem terkini dalam menguruskan
dan melaksanakan projek yang berkualiti.
No comments:
Post a Comment